Saturday, October 3, 2009

rintihan atiku


soe kwan2 mlam ni aku terlebih emo skit..ni la luahan ati aku


Ada saat di dalam kehidupanmu di mana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahawa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang kamu impikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai keinginan kamu, KERANA KAMU HANYA HIDUP SEKALI dan SATU KESEMPATAN untuk melakukan apa yang ingin dilakukan.





Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu bahagia.





Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahawa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata lepas dapat mengakibatkan perselisihan, ketegangan kata-kata yang kasar boleh mengundang padah, kata-kata yang jujur dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.





Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi seperti apa yang kita inginkan dengan erti kata lain kita MENCINTAI “BAYANGAN” kita yang ada pada diri “DIA”..Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka. Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba. Mereka hanya boleh menghargai orang-orang yang penting yang telah menyentuh hidup mereka.





Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan BERAKHIR DENGAN AIR MATA. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu hingga kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa disakiti.





Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis. Kerana kamu begitu berharga bagi orang-orang di sekeliling kamu, tunjukkanlah cinta dari hatimu dan biarkan sekeliling mu menyedari bahawa mereka tersangatlah bererti buat kamu dan kamu bererti bagi diri mereka yang menyayangi kamu...





ari ni aku penuh dengan kesedihan..biarlah aku rase kesedihan ni..orang lain,especially kwan2 aku da xpdulikan aku..bia la diorang bahagia dengan idup diaorang..


sekian dari aku..Q

1 comment:

  1. no need to COPY and PASTE my idea..my blog..just create n wrote n express it on your own..be yourself..don't be hypocrit wif all this..u just copy and paste my words n put it on ur blog..so unethical!

    ReplyDelete